![]() |
| siap berdiri tgk lagi adik adik kita... (adik-adik??) |
tapi, waktu sekolah dulu2, aku selalu tertanya tanya, kenapa perlunya aku dan mereka mereka semua berdiri setegak tiang lampu bile nak nyanyikan lagu ni, bukanlah dayaku untuk melawan kediktatoran cikgu disiplin, tapi aku tertanya tanya, mengapa? dan dalam benak atmaku bertanya lagi, alangkah bagusnya jika kita juga dididik untuk meresapi ilmu agama seperti didikan terhapap lagu negaraku ini.. kenapa tidak ditekankan apabila azan untuk kita diam? diam seribu bahasa biar angin yang berbicara, mengapa? mengapa tidak pada waktu azan disuruhnya kami semua bergegas ke surau terdekat dan terus melakukan solat? jiwa kecil anak anak tidak akan menolak pada kebenaran.. bukan lah juga dayaku untuk memperlekehkan perlaksanaan sistem persekolahan, hanya tertanya tanya dan ternanti nanti jika suatu hari nanti mungkinkah apa yang aku fikirkan akan terjadi...
sebab, yelah, aku dah tue2 ni.. (#tua??!!) ni taw la betapa liatnya untuk aku pergi ke masjid atau surau walaupun jaraknya seinci dari rumah sendiri. betapa perlu dan pentingnya didikan agama yang mapan sejak dari bangku sekolah lagi.. penekanan yang jitu itu perlu..aku tgk metro hari ni, pergh, remaja remaja skang ni, huh, semakin berani, meningkatkan lagi gejala sosial yg sedia ad teruk dan tak terubati.. bila ditegur, mahu makan penumbuk, tapi pedulik hapa aku kan.. walau diriku bukan lah ustaz dan tidak ad dalam diriku ini kesempurnaan, cukuplah sekadar kasih sayang sesama insan utk aku tegur ko, sbb pada waktu yang sama aku pun tegur diri aku jgak.. sebab tiada lagi rasul mahupun nabi yang maksum untuk turun ke muka bumi ini utk tegur kite semua... dan nak harapkan 'insan sempurna', ad ke?? so, kita amalkan konsep amar makruf nahi munkar yang sebenar. kaji komsep itu sedalam dalamnya, DEFINE!! define niat anda seikhlasnya... bersama sama kita menuju ke arah kehidupan yang bahagia berteraskan Islam.. amin...
dan aku rase, cukuplah aku berpoyo dan berskema,
Assalamualikum wbt, may we meet again yo!!




